Keputusan Perlawanan Chelsea menentang Everton akhirnya terjawab apabila Chelsea berjaya menundukkan Everton 2 - 1 di Stadium Wembley sebentar tadi. Perlwanan itu menyaksikan Chelsea ketinggalan 1 - 0 hasil daripada jaringan pantas Pemain Perancis, Louis Saha.
Namun Chelsea tidak berputus asa dan menganggap mereka mampu untuk menundukkan anak-anak buah Guus Hiddink. Chelsea berjaya menyamakan kedudukan melalui Didier Drogba pada minit 21 dan Frank Lampard pula mencipta jaringan kemenangan pada minit 72.

