Pelancaran Proton EXORA
‘
‘Satu lagi kereta Nasional telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam pada 16 April 2009. Kereta yang dimaksudkan ialah Proton Exora iaitu kereta MPV pertama Malaysia.Exora dijangka menjadi pilihan keluarga kerana mempunyai 7 tempat duduk, ruang yang lebih luas, bentuk yang cantik, dipacu oleh enjin Campro CPS, serta gear automatik shift. Ia dijual dengan harga sekitar RM70,000-75,0000 dan anda boleh memberikan keselesaan kepada keluarga tercinta.
Proton Exora yang menggunakan enjin 1.6 Campro CPS dengan 125 kuasa kuda itu, kini telah ditempah sebanyak 2,500 unit. Proton Exora ditawarkan dalam enam warna pilihan dan dua varian iaitu Exora Hi-Line 1.6 Automatik Metallic (RM75,998) dan Exora M-Line 1.6 Automatik Metallic (RM69,998).
Turut hadir pada upacara perasmian Proton Exora ialah Bekas Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mana telah membuatkan sesetengah pihak membuat tanggapan sinis tentang Perdana Menteri kita sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Semoga kereta MPV Proton Exora ini dapat memberikan keselesaan dan kepuasan penuh kepada rakyat Malaysia.



Proton Exora

Proton Exora

