Tubuh badan tertuduh di periksa dengan terperinci dari saiz payu dara dan coli yang dipakai.Ini adalah kerana berita ini telah samapi ke pihak atasan IPT dimana tertuduh sedang menuntut.Dan jika di sabitkan kesalahan tertuduh boleh diberhentikan pengajian serta merta.Penyebaran video lucah ini disebarkan melalui internet dan dijanka telah tersebar keseluruh Malaysia.Video lucah tidak bermoral ini juga telah diketahui oleh waris tertuduh.Dan waris tertuduh sudah melakukan laporan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana ianya melibatkan maruah keluarga.
Hasil siasatan mendapati,
“Kami mendapati pelakon wanita dalam klip video itu bukan pelajar berkenaan. Malah, dia juga membuat ‘akujanji’ tidak pernah melakukan aksi lucah itu dengan teman lelaki,” katanya.
Beliau berkata, mangsa menafikan terbabit dalam penggambaran klip video itu walaupun mengakui pelakon wanita dalam klip video itu mirip wajahnya.
“Berdasarkan klip video lucah berkenaan, memang pelakon wanita adegan lucah itu seakan-akan wajah gadis berkenaan.
“Siasatan kemudian dijalankan berdasarkan kemungkinan ada pihak cuba memalukan pelajar itu dengan menyebarkan klip video lucah kononnya mangsa turut beraksi,” katanya.
Beliau berkata, klip video lucah itu memaparkan aksi seolah-olah pelakon wanita dirogol dua lelaki walaupun tidak menunjukkan sebarang penentangan terhadap tindakan terbabit.
Namun, berdasarkan siasatan, pelakon wanita bukan dirogol, tetapi merelakan dirinya diperlakukan sedemikian kedua-dua lelaki terbabit.
Menurutnya, Jais menjalankan siasatan apabila dua waris pelajar itu membuat laporan kononnya dia terbabit dalam aksi lucah seperti dipaparkan dalam klip video itu.
“Malah, apa yang mengejutkan, mereka mendakwa pelakon wanita adalah pelajar terbabit berdasarkan jam dan gelang yang dipakai sama dengan dimilikinya.
“Selepas diteliti, mangsa bagaimanapun tidak memiliki jam dan gelang terbabit. Kami akan memanggil waris mangsa berkenaan untuk disoal siasat mengenai dakwaan palsu dibuat,” katanya.
Justeru, Shahrom berkata, pihaknya akan memanggil dua waris mangsa yang membuat tuduhan berkenaan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.
Beliau berkata, mangsa juga membuat laporan polis berkaitan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu.

